Homeless di Jepun

                                             


    



Semasa aku di sebuah stesen kereta api di Tokyo,kami sekeluarga ingin membeli tiket untuk pulang ke hotel..Walaupun tidak faham bahasa Jepun di Mesin membeli tiekt itu,kami hanya tahu nama tempat hotel kami dan berapa yang perlu dibayar.

Tetiba je ada orang ada seorang Jepun menyapa kami dan speaking English walaupun tak fasih.Tapi still kita faham.Kami ingatkan ni maybe budaya Jepun suka tolong orang..Bila kami nak bayar di mesin dengan duit syiling untuk dihabiskan sebab bila nak tukar di money changers nanti diorang taknak terima duit syiling

Dengan selamba dia pegang wallet dan ambik duit besar dalam wallet kitaorang.Semua terkejut..kita orang kepung la dia takut dia larikan wallet tu.Then,dia masukkan duit tu dalam mesin dan ada baki

Dia menyerahkan kembali wallet tu bersama baki.Lepas tu dia cakap "Please give it to me..im hungry..eat-eat"..Kitaorang pun bagi je la baki tu sebab dia bagi wallet..

Lepas tu kitaorang cerita la kat tour guide.Dia kata orang macam tu Homeless.Baki duit yang kitaorang bagi tu cukup2 je untuk beli mee dan arak serta memang cukup untuk sehari nak hidup di kota Metropolitan tu.Kagum juga aq dengan diorang sebab diorang buat juga keja sebelum meminta bukannya hanya meminta..











Comments

Popular posts from this blog

5 Perkara Aku Belajar di Jepun

Study last Minute?

Matrik?Diploma?form6?Asasi?