5 Perkara Aku Belajar di Jepun


Hello guys..

Aku harini nak cerita pasal aku travel time ke Jepun tahun ini.Bagi aku,Jepun adalah destinasi terbaik la setakat ni yang aku pernah pergi.Aku belajar banyak benda kat sana.Pemandangan yang cantik dan budaya diorang cukup dikagumi.Mungkin sahaja kita patut belajar dari diorang.

So,aku nak kongsi benda yang aku belajar kat sana.

1.Tepati Masa




Orang2 kat sana memang tepati masa.Ni suasana dalam train.
Train diorang memang tiba tepat pada waktu.
Aku naik train ni time orang balik kerja.Jadi ikan sardin la kejap.
Aku tengok masa dalam train ni,orang tua2 pun ada lagi yang masih bekerja.
Kesian tu ada la juga bila tengok warga emas bekerja yang macam orang muda.
Diorang punya taraf hidup memang sangat tinggi.
Kebanyakkan diorang tak nak kawin sebab tak mampu nak tapung kehidupan keluarga.
Bila ada anak,kos penjagaan dan pendidikan memang tinggi.

2.Kuat Bekerja


Macam yang kita tahu la kan,diorang ni memang kuat kerja.
Memang budaya diorang macam ni.Diorang bukan macam negara kita,kalau kata ada pengalaman kerja lama,bila berhenti dan dapat kat tempat kerja baru,diorang still kena mula dari bawah.Ini membuatkan mereka tidak bertukar tempat kerja.


3.Pembersih



Kebanyakkan tempat penuh dengan daun2 je.Susah sangat la nak tengok sampah.Susah sangat nak tengok saja2 orang buang sampah dalam longkang atau atas jalan.Penah aku tengok kat tv,longkang diorang tu siap boleh bela ikan,air pun jernih.Sungai diorang lagi la bersih.


4.Bangga Bahasa dan Budaya


Walaupun teknologi diorang canggih,budaya dan budaya diorang tak penah ditinggalkan.Setiap teknologi mesti guna yang diorang buat mesti gunakan bahasa diorang bukan English.Aku tak kata English tak penting cuma perlu ada sedikit kesedaran tentang membanggakan bahasa sendiri.Aku tengok kebanyakkan orang kita suruh anak2 diorang cakap English sejak kecil lagi.Bila besar nak cakap Melayu pun susah.Kalau kita travel kat Jepun memang susah kalau tak pandai berbahasa diorang.Kita digalakkan belajar sedikit bahasa diorang sebelum pergi sana.

5.Displin




Jepun memang terkenal dengan displin.Diorang ada budaya kerja tersendiri.Bila janji mesti tepat waktu.Bila bos cakap buat sesuatu,diorang buat tanpa bagi alasan.Bukankah Islam sudah lama menyuruh kita menjadi begini?Aku tengok orang kita ni banyak sangat bagi alasan tapi kerja tak banyak mana pun.Kita cakap semua orang tak betul tapi diri sendiri pun tak penah diperbetulkan.Cuba kita muhasabah diri sikit.Cuba usaha sebaik mungkin dahulu.Kalau memang dah memang tiada jalan,baru la mengeluh.Yang penting buat dahulu



Comments

Popular posts from this blog

Study last Minute?

Matrik?Diploma?form6?Asasi?